Tuesday, August 9, 2016

Setengah dekad kemudian

Jadah apa biaq ternganga 5 tahun pahtu baru nk update ?.
Dok ingat orang dok buloq sangat nak baca? Well, penulisan ni pun bukan berfungsi untuk di baca oleh sesiapa. Kalau ada orang nak baca pon baca lah, blog utk diri sendiri jah.

Apa yang dah jadi dalam masa 5 tahun ni?
Banyak benda jadi laaa Rejab oi (ada ka bahasakan pembaca blog sebagai rejab ?). Bab personal takdak apa nak kata. Ok ja. Impian aku utk tetiba dapat call yang sebenaqnya aku ada pakcik kaya yang mati dan transfer duit berbilion kat aku itu adalah khayalan semata2 (waima ianya berlaku kat orang lain, demettt).

Impian utk mengalami evolusi benjamin butang jugak adalah mimpi. Konon muda2 kurang kacak, tapi dah tua tetiba jadi tampan. pffffttttt(angkat lutut ke paras pinggang dan menepuk lutut tersebut hingga bunyi bergema).

Konon bila tua sikit ni ada la jadi dato dato ka, tan sri tan sri ka biar pun jadi haji saja pon takpa. hemmmtakk.. jadi pakcik saja. pakcik maaaa. Jumpa budak baru abeh spm pon pangei aku pakcik dah. pungkoq hang, aku masih layak menjadi abang hang woooo.. cuba tgk berita harini. Pengasas RHB berkahwin dgn awek umoq 19 tuh. Tapi tu pengasas bank lah. aku ni? bukan takat rhb, pengasas b2b pun bukan. apatah lagi BP (Balan pasembot) ???

Tu tak kira impian nk ajak personal jet sendiri lagi. Jet kunun, nak main helikopter drone made in china pun tak reti. Naik flight pun buleh dikira dengan jari ja . Tu pun sebelan tangan . Tah macam mana terpikiq nk beli personal Jet tektau. even orang kaya pun tak kelapaq nk beli jet sendiri.


Esok lusa pulak lah meghetpet. cau.

Monday, June 20, 2011

Bebas Chukai?

hei,

entry lain plak ni.
sejak 2 menjak ni byk sungguh kes duit yg dari internet katanya gomen pow duit rakyat and then buat benda bodoh. nk buat application fesbook la.. felda hutang kwsp la macam macam. gua malas nk sembang pasal politik2 mende ni.. tapi ada 2 3 perkara tepi yg gua angneh sket.. ada 1 soalan yg sangat kuat main kat kepala hotak gua ni... kaya sangat ke kerajaan kita weh? bukan sikit2 mau dok dengar kes 8-9 digit jugak la duit yg terlibat.. lepas satu.. satu.. klu songlap duit pastu betol2 kaya takpe gak.. tgk sama jek.. melingkup jugak.. klu gua yg songlap duit.. gua beli sebijik pulau.. pastu dok situ sampai mati... ceh.. tak bes jugak.. sapa nk tolong belikan pall mall kat gua klu stok rokok dah abeh? dehem..

takpa.. bosan gua nk bincang kes duit muit ni.. tak kisah la org nk cakap kalau duit tu buat rumah org miskin pun ada pakedah ke apa ke.. malas nk amik pot.. sebenarnya.. busuk busuk kita ni pun.. ada lagi negara yg beratus kali busuk dari kita..

bosan ahh malaysia, dah la tak hukum hudud. pasang azan kuat2 pun kena saman.. baik aku p dok iran. haritu aku dapat email. perdana menteri iran Mahmoud Ahmadinejad baik tak sangga (baik gile) ada reaktor nuklear lagi. selamat la aku.

ok. nk p dok iran? ada anak bini? tahukah yg pompuan takleh bawak reta mutu kat iran? pakai sluar panjang tak buleh. kluaq malam tak buleh. and dulu ada ekspedisi 1malaysia yg ramai2 naik mutu besaq nk p buat umrah. lepa kena tahan sebab amik gambar depan motor saja. tangan kena gari, pastu kepala kena serkup dengan kain hitam macam tahanan guatamalo ka apa tah. tp dah bebas la (lepas kena belasah).


setiap negara ada pro and kon dia.. athen, greece ? pencemaran tahap kronik.. lu as aasma? nk pegi sana? taip sendiri la sijil kematian. nk p dok bangkok thailang? population 2600 Million dalam less than 100sq. u do the math. india plak bilangan miskin sangat ramai.. bla bla bla.. banyak.. so kesimpulan.. malaysia sebenarnya adalah sangat ok bagi aku (atau korang? ) untuk hidup. yeah.. with all corruption, sex tape, bla bla bla.. jangan sangka sebab malaysia teruk yg menjadikan benda tu.. bukak mata lagi 2 inci.. and tgk.. sbenarnya.. cuma sesetengah individu saja yg dok baut taik macam tu.

gua? pedulik happa.. lu nk songlap duit ka.. nk amik duit pastu beli company yg sebenarnya ada hutang USD500 juta kat us ka.. gua tak dulik.. lu jgn curik kad atm ngan no pin gua sudah.. yang tuuuuuu gua bengkek.. hahaha.. ok lah.. babai

p/s: heran jugak. nape menteri2 kita dok pening nape langkawi tu dah kurang pelancong.. pegi la jalan2 tgk.. banding la rega dulu ngan skarnag camne.. murah lagi ke? padang besar pun rega lagi mahal dari nat kodiang. tuihhhh

Saturday, June 18, 2011

Automasi Pejabat

brapa tahun dah tinggal dunia blog.. sampai hosting dah lingup ngan tokei server pun dah benci tgk domain aku wujud dalam share-hosting dia.. demet.. takpa.. ini blog, yakni ikan masin sebenaqnya utk testing code aku beberapa tahun lepas. ada lagi post 2 3 benda yg aku baca skarang pun agak malu, tapi takmo delete sebab bleh mengingatkan aku pasal kemaluan diri sendiri. takpa.. korang ushar la kemaluan aku tu eh..



sejarah aku ngan blog ni bukan lah sikit. ramai jugak awek/gf aku dihasilkan dan ditarik melalui penulisan aku dari blog lama. tapi kini aku syukur sebab bini aku skarang ni bukanlah hasil dari dia tertarik dari another side aku (dari penulisan blog) yg slalunya tak bertahan lama. yeah fella.. aku dah kawin. pak ngah dot org atau ngahaha dot org dah kawin. and aku ultra happy. aku harap blog ni akan inviseble dari pembaca yg kenal aku dulu. virtual atau tidak adalah sama. kebanyakan dah kenal aku kat dunia luar. baiklah, tinggalkan pasal sejarah. mari mensama sama aku utk menyetatkan kembali penulisan pertama aku yg sudah lama tertunda ini.

kenapa blog? mengeletaq tangan sangat ka sampai takleh berenti tulis blog?

well. aku bukannya ramai sangat kawan. kawan yg aku bleh ajak g lepak mana2 pastu sembang2 dari maghrib sampai zuhur. waktu tu dah tamat bagi aku. semua kaum tu dah kawin beranak pinak dah. yg ada cuma aku ngan bini aku. aku org jenis makan dan simpan. (eat and keep? )lama2, benda yg aku makan dan simpan tu jadi nanah. dulunya zaman aku berblog, nanah tu aku picit bila buat entry baru, dan pembaca blog bertugas menjadi menyapu nanah aku. hahaha... busuk betol contohnya kan? tp senang dipahami?

lu tak senang hati ka yg sampai nk berblog blog bagai ni?

are u kidding me? aku sangat bahagia. but the thing is, apa yg aku update or akan update bukan lah mengenai aku dan kehappian aku sangat. tapi mengenai otomasi pejabat.

wft!! automasi pejabat? barua apakah itu?

ya... automasi pejabat. walaupun automasi pejabat ada maksudnya yg tersendiri. tapi aku ada aku punya version og automasi pejabat, which is mengenai surround aku di pejabat yg aku habiskan lebih kurang separuh dari setiap hari aku disana.

jamban la lu, nk mencarut pasai pejabat je ke sampai berblog ni? baik lu antar email kat hr.

kentut apa kesnya nk hantar email kat hr? ada la lain2 aktiviti aku lain slain dari automasi pejabat aku nk taip sini la dol.. dah la.. gua macam nk tamatkan entry ni yg akan bertugas sebagai 1st entry gua secara rasminya. akan gua update entry selepas makan tengah hari nanti... put put and awayyy...

Tuesday, May 27, 2008

ayam

asdasdas


tahi

Thursday, May 24, 2007

test

Sunday, March 11, 2007

berita seram

buat sesape yg teringin nk reply tu.. takyah la.. blog ni cume testing jek.. gua ingat pawe sangat blogspot yg baru.. biase jek.. ehehe..

http://pak-ngah.org