Saturday, June 18, 2011

Automasi Pejabat

brapa tahun dah tinggal dunia blog.. sampai hosting dah lingup ngan tokei server pun dah benci tgk domain aku wujud dalam share-hosting dia.. demet.. takpa.. ini blog, yakni ikan masin sebenaqnya utk testing code aku beberapa tahun lepas. ada lagi post 2 3 benda yg aku baca skarang pun agak malu, tapi takmo delete sebab bleh mengingatkan aku pasal kemaluan diri sendiri. takpa.. korang ushar la kemaluan aku tu eh..



sejarah aku ngan blog ni bukan lah sikit. ramai jugak awek/gf aku dihasilkan dan ditarik melalui penulisan aku dari blog lama. tapi kini aku syukur sebab bini aku skarang ni bukanlah hasil dari dia tertarik dari another side aku (dari penulisan blog) yg slalunya tak bertahan lama. yeah fella.. aku dah kawin. pak ngah dot org atau ngahaha dot org dah kawin. and aku ultra happy. aku harap blog ni akan inviseble dari pembaca yg kenal aku dulu. virtual atau tidak adalah sama. kebanyakan dah kenal aku kat dunia luar. baiklah, tinggalkan pasal sejarah. mari mensama sama aku utk menyetatkan kembali penulisan pertama aku yg sudah lama tertunda ini.

kenapa blog? mengeletaq tangan sangat ka sampai takleh berenti tulis blog?

well. aku bukannya ramai sangat kawan. kawan yg aku bleh ajak g lepak mana2 pastu sembang2 dari maghrib sampai zuhur. waktu tu dah tamat bagi aku. semua kaum tu dah kawin beranak pinak dah. yg ada cuma aku ngan bini aku. aku org jenis makan dan simpan. (eat and keep? )lama2, benda yg aku makan dan simpan tu jadi nanah. dulunya zaman aku berblog, nanah tu aku picit bila buat entry baru, dan pembaca blog bertugas menjadi menyapu nanah aku. hahaha... busuk betol contohnya kan? tp senang dipahami?

lu tak senang hati ka yg sampai nk berblog blog bagai ni?

are u kidding me? aku sangat bahagia. but the thing is, apa yg aku update or akan update bukan lah mengenai aku dan kehappian aku sangat. tapi mengenai otomasi pejabat.

wft!! automasi pejabat? barua apakah itu?

ya... automasi pejabat. walaupun automasi pejabat ada maksudnya yg tersendiri. tapi aku ada aku punya version og automasi pejabat, which is mengenai surround aku di pejabat yg aku habiskan lebih kurang separuh dari setiap hari aku disana.

jamban la lu, nk mencarut pasai pejabat je ke sampai berblog ni? baik lu antar email kat hr.

kentut apa kesnya nk hantar email kat hr? ada la lain2 aktiviti aku lain slain dari automasi pejabat aku nk taip sini la dol.. dah la.. gua macam nk tamatkan entry ni yg akan bertugas sebagai 1st entry gua secara rasminya. akan gua update entry selepas makan tengah hari nanti... put put and awayyy...

No comments: